Ramadan #NuqabaMRSMTGB

PERSEDIAAN MENGHADAPI RAMADAN

TIGA amalan penting ketika Ramadan :-
1. Siam (puasa)
2. Qiam (qiamullail)
3. Tilawah al-Quran

"Ramadan sebagai universiti tarbiah"
-Menjadi yang terbaik setiap bulan.

Ibadah fardu yang dilakukan pada bulan Ramadan akan mendapat ganjaran 70 kali ganda,
Ibadah sunat yang dilakukan pada bulan Ramadan akan mendapat ganjaran sama seperti ibadah fardu luar bulan Ramadan.

"Bersahur itu sunnah"

berjimat-cermat sewaktu bulan Ramadan.
belajar menahan nafsu.
makanan untuk seorang cukup untuk dua orang.
jadi pemurah.

*tambahan isi daripada sahabatsahabat
-Mentadabbur al-Quran
-jangan jadikan puasa sebagai fitnah
"Aku penatlah,aku puasa" puasa sebenarnya memberikan lebih tenaga untuk kita,contoh terbaik- Perang Badar

ANALOGIANALOGI
~~ Ramadan ibarat hujan duit. Duit bertaburan di merata-rata tempat,kita cuma perlu kutip untuk mendapatkannya. "Duit ini ibarat pahala. Terlalu banyak cara untuk kita mendapatkan pahala di bulan Ramadan,malah berganda-ganda pahala yang dikurniakan. Berusahalah untuk meraihnya"

~~ Tetamu A datang ke sebuah rumah dan dilayan oleh tuan rumah. Tetamu A telah membawa buah tangan seperti buah-buahan dan sayuran. Tiba-tiba tetamu B datang ke rumah yang sama namun tidak membawa apa-apa buah tangan tetapi tuan rumah terus melayan tetamu B dan menghiraukan tetamu A.
"tetamu A ibarat bulan Ramadan dan tetamu B ibarat Aidilfitri. Hargailah bulan Ramadan dengan sebaik-baiknya agar dapat manfaat."

Popular Posts