Forum Bicara Ad-Din by Ustazah Siti Nor Bahyah and Ustaz Wan Akashah

RAMADAN, UNTUNG DUNIA UNTUNG AKHIRAT

Firman Allah dimulakan dengan "Wahai orang-orang yang beriman.." , seruan yang penuh kasih sayang

1. Bulan Ramadan bulan yang diberkati Allah SWT
Enam bulan sebelum Ramadan,berdoalah "Ya Allah panjangkan umurku,supaya dapat bertemu dengan Ramadan"
Saidina Abu Bakar sangat gembira untuk bertemu bulan Ramadan dan berkata "sahabat-sahabat,saksikanlah kebun tamarku ini,semua yang ada,aku beri percuma sempena Ramadan".
pengajaran yang dapat kita ambil daripada cerita ini ialah menjadi seorang yang pemurah di bulan Ramadan. Pahala yang dikurniakan ibarat air yang mengalir laju.

Lihatlah keberkatan bulan Ramadan, masjid dan surau akan dipenuhi umat Islam. Dalam bulan Ramadan juga kita boleh berpuasa dan bertarawih,umat Islam memang boleh.
Di bulan Ramadan juga,kurangnya pesakitpesakit untuk bertemu dengan doktor kerana umat Islam menjadi sihat. Tubuh badan kita menjadi sihat sewaktu bulan Ramadan kerana berpuasa.
Peniaga juga mendapat keuntungan dan umat Islam juga dapat makan dengan banyak.
Berkatnya bulan Ramadan.

2. Umat Islam wajib berpuasa
Jangan pandang remeh akan hal ini. Janganlah anda berbuka apabila sakit yang dialami hanya sedikit sebab pahala puasa ganti tidak sama dengan puasa di bulan Ramadan. Bulan Ramadan juga mendidik kita untuk menjadi disiplin dan 'punctual',iaitu sewaktu kita ingin berbuka puasa.
Seimbangkan puasa dan solat anda. Jangan memilih dalam beribadah.
Elakkan daripada melakukan perkara yang sunat,tetapi yang fardu ditinggalkan,
orang yang melakukan ibadah fardu diibaratkan seperti orang yang mandi,dan orang orang yang melakukan ibadah sunat dan meninggalkan ibadah fardu ibarat tidak mandi namun memakai minyak wangi.

Nabi Adam dan Hawa yang berada di dalam syurga telah dibisik,digoda dan dihasut untuk melakukan perkara yang terlarang dan mereka telah dihukum oleh Allah untuk keluar dari syurga.
Nadi Adam memohon keampunan Allah.
Allah berfirman "Berpuasa kepada aku 30 hari 30 malam"

kita sebagai umat Nabi Muhammad saw perlu bersyukur kerana kita mungkin tidak mampu untuk berpuasa selama itu,Allah Maha Mengetahui kemampuan hamba-hambaNya.

3. Hanya pada bulan Ramadan telah dibukakan pintu syurga
Allah sayang akan hamba-hambaNya yang melakukan ibadah,bertakwa,tidak melakukan dosa dan beristighfar.
Nabi berkata "pada malam pertama Ramadan,Allah akan pandang hamba-hambaNya,mereka ini tidak akan diseksa oleh Allah selama-lamanya"

Uwais al-Qarni merupakan seorang yang makbul doanya kerana menjaga ibunya sampai meninggal.
Saidina Umar meminta doa daripadanya supaya Allah mengampunkan dosanya. Besarnya manfaat mendapat keampunan daripada Allah.

4. Hanya pada bulan Ramadan Allah tutup pintu neraka
Betapa sayangnya Allah pada kita kerana tidak mahu hamba-hambaNya masuk ke neraka.
Api neraka 70 kali ganda panas daripada api dunia.
Orang yang beriman sudah tentu diberi ujian oleh Allah swt.

alkisah seorang pemuda yang rajin pergi masjid .Sewaktu dalam perjalanan pulang dari masjid dan melalui rumah-rumah jirannya,angin tiup dengan kuat maka langsir di rumah seorang jiran perempuannya tersingkap,pemuda tersebut telah terlihat jirannya yang cantik dan tidak menutup aurat sepenuhnya lalu dia berkata "Astaghfirullahaladzim" berulang-ulang kali,inilah orang yang beriman. dia berdoa "Ampunkan dosa mataku" kerana dia tidak mahu matanya diazab.
Dia dibayangi dengan kecantikan perempuan
Dia bermonolog "wahai nafsu,aku tahu kau yang nak akan perempuan itu,Iman aku tidak mahu. Kalau kau yang nak,aku akan uji iman aku" lalu dia mengambil lilin dan berkata "wahai nafsu,ini api dunia yang Allah telah menyejukkannya 70 kali ganda daripada api neraka. Nafsu,aku akan uji kau" lalu dia meletakkan jarinya di atas nyalaan api dan menjerit kerana panasnya. Dia berkata "nafsu,iman aku telah menang" Subhanallah

5. Hanya pada bulan Ramadan,telah dirantai,diikat segala belenggu syaitan
bacalah al-Quran kerana ia dapat merawat hati.
membaca Al-Quran akan membuatkan:-
orang yang sombong menjadi tawaduk,
orang yang bakhil menjadi pemurah,
orang yang baran menjadi sejuk

mukjizat Nabi sangat banyak,dan hanya al-Quran yang masih tinggal.
Allah sangat menjaga al-Quran,
alkisah al-Quran telah silap cetak,dengan izin Allah,kapal yang membawa al-Quran tersebut telah tenggelam. hafallah surah ayat 1-10 dan 101-110 surah al-Kahfi.

6. Sesuatu yang dinanti-natikan hanya pada bulan Ramadan iaitu Lailatul Qadar.
Kebaikan yang diberikan lebih baik daripada 1000 bulan iaitu 10 malam terakhir Ramadan terutamanya malam yang ganjil.

tiga golongan yang Allah tidak pandang semasa malam lailatul qadar
1. orang yang minum arak berterusan dan tidak bertaubat
2. orang suka bermusuhan dan memutuskan silaturahim
3. anak-anak yang derhaka

Popular Posts