Perkongsian Kata-kata

Hai semua! Semasa zaman persekolahan saya dahulu, saya ada menyimpan buku-buku nota yang diisi dengan kata-kata dari pelbagai sumber. Ada yang ditulis oleh saya sendiri dan ada juga yang ditulis oleh rakan-rakan saya. Ada juga kata-kata yang diambil dari novel-novel yang terkenal. Senang cerita apabila saya terlihat kata-kata yang menarik, terus saya ukirkan ke dalam buku-buku nota ini. Alhamdulillah, apabila saya buka semula, dan baca semua kata-kata ini, bukan sahaja ia mengembalikan memori pahit manis di zaman sekolah, malah mereka memberikan peringatan untuk sentiasa meneruskan kehidupan ini walau apa jua rintangan yang dihadapi. Jadi, saya berhasrat untuk mengalihkan butiran kata-kata yang terukir di dalam buku-buku nota saya ini ke platform digital pula, iaitu di blog ini! =D Saya berharap agar kata-kata yang dikongsi ini dapat memberikan peringatan buat kita semua, in sha Allah <3.

Comments

Popular Posts