no tajuk
Perelokkanlah sikap anda. Sekadar memiliki azam bukanlah segala-galanya. Itu hanyalah langkah pertama sebelum disusuli dengan langkah kedua iaitu sikap yang cekal dan kental dalam mencapai impian.
Kita perlu percaya pada diri sendiri yang kita mampu lakukan. Cuma yang menjadi masalah apabila kita terlalu percaya kepada diri sendiri. Ya, sifat ini sebenarnya melenyapkan kebergantungan kita kepada Allah. Kita terlalu percaya kepada perancangan kita yang kononnya sempurna. Kita lupa untuk menadah tangan berdoa. Kita alpa untuk menangis ketika sujud terakhir pada waktu malam untuk meminta. Ketika itulah azam kita bertukar menjadi sia-sia. Tidak salah untuk yakin kepada diri sendiri. Tetapi dahulukanlah dengan keyakinan kepada Ilahi.
Dr. Aid al-Qarni menjelaskan kepentingan memiliki semangat yang teguh dalam mengharungi kehidupan, katanya "Jadilah manusia yang mempunyai citacita tinggi dalam menghadapi kesukaran untuk sentiasa mendaki ke arah kejayaan secara istiqamah. Ketahuilah hidup ini ibarat beberapa detik sahaja,maka jadilah seperti semut yang sentiasa sabar dan tabah". Inilah kehidupan,sentiasa ada ujian dan kesulitan. Allah memilih insan yang terpilih untuk diuji kerana ujian didikan langsung dari-Nya.
Salam Aidiladha.