Belajar kerana Allah ?

Manusia diturunkan ke dunia sebagai khalifah Allah.
Khalifah Allah yang menegakkan agama Islam.

Kenapa belajar?
Sebab nak berdakwah tentang Islam.

Innama a'malu binniat.
Niat sangat penting bagi setiap apa yang kite nak buat.
Belajar dengan niat apa?
Mendapat redha Allah.
tapi,dalam sesetengah keadaan,niat kite boleh berubah dalam sekelip mata.
belajar untuk lulus periksa ..
sebab apa? sebab dah tertakluk dalam setiap sesuatu tempat tu yang mementingkan gred keputusan peperiksaan untuk hidup.
kalau nak ubah sistem tu,kite lah yang kena belajar dengan bersungguh-sungguh,supaya kite dapat ubah sistem tu suatu hari nanti.
supaya kite dapat belajar dengan rela hati.

belajar dengan niat nak mengajar orang lain.
in sha Allah kita akan dapat pahala selagi ilmu yang bermanfaat itu digunakan..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
antara adab belajar.
jangan belajar dalam keadaan yang tersangat kenyang.
faktor :- otak kita akan bekerja dengan lebih banyak untuk menghadam makanan, jadi macam mana otak kita nak bekerja untuk kita berfikir dengan baik..
sebaik-baiknya berpuasalah :') .
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
pernah rasa down bila dapat keputusan periksa?
ye,pernah.

Kenapa Allah turunkan ujian kepada hamba-hamba-Nya?
1. Allah nak menguji tahap iman kita
kalau takde ujian,macam mana kita nak tahu tahap keimanan kita?
sinonim dengan situasi kita nak timbang berat badan kita,
mesti guna penimbang,kalau tak guna penimbang,kita mesti tak puas hati sebab tak tahu berapa nilai berat badan kita..
Iman kita ibarat layang-layang.
Ujian ibarat angin.
Semakin kuat angin tersebut,semakin tinggilah layang-layang tersebut :')
Allah ingin menyelamatkan kita daripada azab-Nya.

2. Allah ingin meningkatkan kedudukan kita di sisi-Nya
Apabila kita dah ditimpa ujian,kita akan lebih tahu persediaan yang lebih baik untuk menerima ujian yang berikutnya. Kita pun dah tahu cara yang terbaik untuk menghadapi setiap ujian. In sha Allah.

3. Ajaran terus daripada Allah
Allah menguji kita supaya kita menjadi seorang hamba Allah yang baik, yang mantap, yang berilmu dan bersedia dalam apa jua keadaan.

4. Mesej kepada manusia
Allah berikan ujian kepada kita supaya kita menjadi orang beriman kerana orang yang beriman itu mencintai akhirat.
Orang yang beriman tidak sabar untuk meninggalkan dunia dan menuju ke akhirat.
Sabda Rasulullah saw "Dunia ibarat penjara bagi muslim dan syurga bagi orang kafir"

5. Penghapus dosa
"Atas setiap kesusahan walaupun akibat kelalaian kita sendiri,Dia mengampunkan sebahagian daripada dosa kita"- Surah as-Syura ayat 30.

Tidak ada musibah yang Tuhan timpakan ke atas kita tanpa mengampunkan dosa kita walaupun cuma tercucuk duri.

sebahagian besar penulisan ni diinspirasikan dan dipetik daripada buku "Akrab dengan Tuhan"
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuhan tidak membebani seseorang melain kesanggupannya" surah al-Baqarah ayat 286.
Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya.

Yang betul daripada penulisan ni harap dijadikan pengajaran dan yang salah harap ditinggalkan.

Popular Posts